Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

REFLEKSI MINGGU KE-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu lepas, walaupun tiada kuliah dan tutorial, masih berlaku pembelajaran mengenai sesuatu yang baru. Semasa minggu graduasi yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, pelajar diminta untuk membuat tugasan iaitu menemu bual graduan Phd. Pada waktu tersebut, pelajar semua gigih menunggu sehingga tamat majlis di luar dewan. Temu bual ini memerlukan kesabaran kerana, ingin mendapat graduan bukan mudah kerana pada masa yang sama, sesetengah pelajar perlu menghadiri kelas. Selain itu, pelajar juga perlu menggunakan komunikasi pemujukan yang baik kerana sesetengah graduan tidak mahu untuk ditemu bual atas sebab-sebab tertentu. Akan tetapi ia merupakan satu pengalaman dalam mengasah bakat untuk berkomunikasi. Gambar bersama salah seorang Graduan Phd USM Seterusnya, pelajar juga diberi tugasan tentang Analysis of Variance (ANOVA). Ujian ini merupakan sebahagian dari kaedah kuantitatif yang melibatkan pembolehubah bebas dan bersandar. Ujia...

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE -6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini masih berkisah tentang kertas cadangan. Pada kali ini pelajar diminta untuk berada di dalam kumpulan projek kajian. Dimana pensyarah meminta pelajar untuk membuat surat kebenaran untuk rakaman, surat keizinan persetujuaan, dan borang maklumat latar belakang responded. Selain itu, perbincangan telah dilakukan dimana segala surat-surat berkaitan diperbetulkan satu demi satu bagi memastikan setiap kumpulan mengikut kesesuaian topik kajian masing-masing. Seterusnya pesnyarah juga memberi pendedahan tentang bagaimana penjadi pemerhati. Oleh itu, satu tayangan video telah dipertonton kepada pelajar kemudian pelajar diminta untuk mencatata segala apa sahaja yang terkandungan di dalam video tersebut. Aktiviti ini sebenarnya mendedahkan kepada pelajar mengenai pemerhati yang boleh diterapkan di dalam sesuatu kajian. Pemerhati boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemerhati dan pemerhati dan peserta. Justeru itu, pelajar juga diterangkan mengenai...

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-5

REFLEKSI KULIAH MINGGU KE-5 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini agak mencabar bagi setiap pelajar untuk menghasilkan proposal. Kuliah kali ini, pelajar diminta untuk membentang proposal masing-masing mengikut kumpulan yang telah diberikan. Di dalam pembentangan, banyak input yang diperolehi untuk memperbaiki semula kajian yang ingin dilakukan. Kebanyakkan proposal mempunyai masalah yang hampir sama iaitu kaedah kajian yang tidak membantu untuk memperolehi data, tajuk yang agak besar dan teori yang digunakan tidak membantu untuk menjalankan kajian. Selain itu, pembentangan ini perlu dilakukan bagi membantu dan menambah baik perkara-perkara yang tidak betul di dalam proposal. Seterusnya bagi memudahkan pelajar untuk membuat kajian dengan cara yang betul dan tidak tersasar. Setiap teguran yang diberikan sebagai pembakar semangat untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik disamping membetulkan kesilapan supaya tidak berulang pada masa akan datang.

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ini cuaca agak sejuk kerana hujan setelah sekian lama tidak membahasi bumi USM. Kuliah kali ini, pelajar didedahkan kepada penggunaan data statistik di dalam kaedah kuantitiatif. Asasnya statistik deskriptif disentuh untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Selain itu, pelajar diajar untuk mengira sisihan piawaian,min, mod, dan median. Asas ini sudah diajar pada semester satu di dalam modul kelestarian. Bagi memantapkan lagi ilmu yang telah diberi, pelajar diminta untuk membuat latihan yang berkaitan dengan data statistik. Setelah sekian lama tidak mengira, bakat perlu digilap semula. Akan tetapi walaupun sukar, ianya seronok kerana sekali sekala berselang fakta dengan nombor merupakan dua perkara yang menarik untuk dilakukan. Selepas itu, tutorial kali ini pula menyentuh mengenai bagaimana untuk mengaplikasikan teori di dalam dapatan kajian. Pelajar diminta untuk menjawab soalan atas talian. Diberi masa selama 30 minit ...

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-3

KULIAH MINGGU KE-3 26 SEPTEMBER 2018 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kuliah minggu ke-3 sudah selesai . Oleh itu banyak input yang telah diperolehi semasa kelas berlangsung selama 3 jam. Pada awal kelas berlangsung, pelajar diminta untuk mengira nombor dari satu hingga enam secara bergilir-gilir. Setelah itu, pelajar yang memiliki nombor yang sama akan membentuk kumpulan-kumpulan kecil. Selepas itu, pelajar dibekalkan dengan kertas majung dan pen marker untuk mengolah isi-isi yang telah diperoleh dari pembacaan dalam 4 buah artikel yang telah diberikan kepada pelajar sebelum memulakan kelas. Dr Norsofiah meminta pelajar untuk mngenalpasti isi-isi seperti nama pengarang, tahun terbitan, objektif, kaedah kajian, dapatan dan kekurangan kelebihan sesuatu artikel. Selepas selesai pelajar mengeluarkan idea, kami diminta untuk membentang hasil yang diperolehi disamping penjelasan yang lebih jelas oleh pensyarah. Tambahan itu, pelajar juga diberi penjelasan...

ARTIKEL SASTERA MILIK KITA KARYA NISAH HARON

As'salamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongi mengenai artikel ' Sastera Milik Kita ' karya Nisah Haron. Artikel ini membincangkan isu yang hangat diperkatakan di dalam bidang disiplin ilmu. Bermula pada zaman penjajahan, bidang sains dan sastera dipisahkan. Hal ini berlarutan di dalam bidang pendidikan. Jika dilihat, sehingga kini bidang sastera dan sains mempunyai jurang yang tersendiri. Hal ini perlu dihentikan kerana pada realiti kedua-dua bidang ini saling melengkapi di dalam disiplin ilmu. Perkara ini telah dibuktikan pada zaman kegemilangan tamadun dunia Islam. Banyak tokoh seperti Al-Radzi, Ibn Sina, Al-Farabi, Ibn Yunus dan sebagainya yang menguasai ilmu sastera dan sains secara seimbang. Mereka bukan sahaja mampu mengimbangi kedua-dua bidang dengan baik tetapi disiplin ilmu yang cuba dibawa digunapakai pada masa kini. Oleh itu, tidak perlu diasingkan kedua-dua bidang ini atas alasan tertentu. Bidang sains dan sastera saling melengkapi ibara...

ELEMEN-ELEMEN CERPEN 'ANNYSS SOPHILLEA' KARYA NISAH HARON

As'salamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongi serba sedikit tentang cerpen karya Nisah Haron iaitu Annyss Sophillea . Sebelum membincangkan mengenai elemen cerpen yang terdapat di dalam karyanya, mari kita mengenali siapa Nisah Haron. Nisah Haj Haron dilahirkan pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini bertugas sebagai peguam di sebuah firma guaman di Seremban. Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis genre cerpen. Banyakk anugerah yang diperolehi oleh beliau di dalam bidang penulisan. Antara cerpen karya beliau ialah ' Rindu Seorang Rafik ', ' Selagi Lading Masih di Tanga n' dan banyak lagi. Oleh itu, saya telah memilih karya cerpen ' Annyss Sophillea ' untuk mengetahui elemen-elemen cerpen yang cuba disampaikan kepada pembaca. Cerpen ini merupakan sebuah cerpen bercorak rekaan sains. Sangat menarik untuk dibaca kerana terdapat pe...

REFLEKSI KULIAH HMT 411

Refleksi Kuliah 19 September 2018 Kuliah kedua bagi HMT 411 bersama Dr Norsofiah telah berlangsung selama tiga jam. Pelbagai input dapat diperolehi di dalam sesi pengajaran dan  pembelajaran bersama. Pada permulaan sesi pembelajaran, Dr meminta pelajar untuk berfikir seketika mengenai soalan 'kenapa penyelidikan dilakukan?' Selepas itu, Dr menerangkan kepada pelajar kepentingan penyelidikan di dalam sesuatu kajian.  Penyelidikan dilakukan bagi mencari jawapan ketidakpastian terhadap sesuatu. Persoalan dimana,bagaimana,siapa, kenapa dan bila diajukan bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul di dalam sesuatu kajian. Selain itu, pelajar diberi input mengenai perbezaan data kualitatif dan kuantitatif. Setelah diteliti, kedua-dua jenis data ini mempunyai perbezaan. Penghuraian diberikan mudah untuk difahami, padat dan jelas. Kemudian pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti. Masa yang diberi selama 20 minit untuk mencari jawap...