Refleksi Kuliah 19 September 2018
Kuliah kedua bagi HMT 411 bersama Dr Norsofiah telah berlangsung selama tiga jam. Pelbagai input dapat diperolehi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bersama. Pada permulaan sesi pembelajaran, Dr meminta pelajar untuk berfikir seketika mengenai soalan 'kenapa penyelidikan dilakukan?'
Selepas itu, Dr menerangkan kepada pelajar kepentingan penyelidikan di dalam sesuatu kajian. Penyelidikan dilakukan bagi mencari jawapan ketidakpastian terhadap sesuatu. Persoalan dimana,bagaimana,siapa, kenapa dan bila diajukan bagi menjawab persoalan-persoalan yang timbul di dalam sesuatu kajian. Selain itu, pelajar diberi input mengenai perbezaan data kualitatif dan kuantitatif. Setelah diteliti, kedua-dua jenis data ini mempunyai perbezaan. Penghuraian diberikan mudah untuk difahami, padat dan jelas.
Kemudian pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan aktiviti. Masa yang diberi selama 20 minit untuk mencari jawapan di dalam artikel yang telah diberikan. Pelajar perlu mencari dan mengenalpasti jawapan bagi soalan yang diberikan. Antara soalan yang diberi ialah masalah, sorotan kajian, kaedah yang digunakan, dapatan kajian, kesimpulan, teori yang digunakan dan objektif kajian.

Kesemua jawapan ini perlu dicari di dalam sebuah artikel dan perbincangan jawapan dilakukan di dalam kumpulan. Selain itu, pelajar juga dapat berkongsi ilmu mengenai jawapan yang diperolehi oleh kumpulan lain bersama-sama.
Comments
Post a Comment