KULIAH MINGGU KE-3 26 SEPTEMBER 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kuliah minggu ke-3 sudah selesai . Oleh itu banyak input yang telah diperolehi semasa kelas berlangsung selama 3 jam. Pada awal kelas berlangsung, pelajar diminta untuk mengira nombor dari satu hingga enam secara bergilir-gilir. Setelah itu, pelajar yang memiliki nombor yang sama akan membentuk kumpulan-kumpulan kecil. Selepas itu, pelajar dibekalkan dengan kertas majung dan pen marker untuk mengolah isi-isi yang telah diperoleh dari pembacaan dalam 4 buah artikel yang telah diberikan kepada pelajar sebelum memulakan kelas. Dr Norsofiah meminta pelajar untuk mngenalpasti isi-isi seperti nama pengarang, tahun terbitan, objektif, kaedah kajian, dapatan dan kekurangan kelebihan sesuatu artikel.
Selepas selesai pelajar mengeluarkan idea, kami diminta untuk membentang hasil yang diperolehi disamping penjelasan yang lebih jelas oleh pensyarah. Tambahan itu, pelajar juga diberi penjelasan lebih terperinci mengenai reka bentuk kuantitatif dan kualitatif di dalam sesuatu penyelidikan. Seterusnya, pelajar juga turut didedahkan mengenai tinjauan literatur ataut sorotan kajian lepas ( literature review ). Lazimnya perkara ini sukar untuk dilakukan di dalam sesuatu penyelidikan akan tetapi setelah diperjelaskan, maka kami lebih memahami cara mudah untuk menghasilkan sesuatu sorotan kajian lepas. Hal ini juga penting bagi menentukan 'research gap' supaya penyelidikan yang ingin dilakukan mampu menjawab kekosongan kajian yang terdahulu.
Pada akhir kuliah pelajar telah diberi kumpulan untuk berkerjasama membuat sebuah artikel. Kesimpulannya, dalam kuliah minggu ke-3 ini banyak ilmu baru yang diperolehi. Penambah baik ilmu yang sedia ada juga supaya boleh diaplikasikan pada masa akan datang.
TUTORIAL PERTAMA MINGGU KE-3
Tutorial kali ini berkaitan dengan reka bentuk kuantitatif. Pelajar telah diminta untuk menonton dan memahami 4 video yang dibekalkan serta menghasilkan poster.
Oleh itu di dalam kelas, pensyarah meminta pelajar untuk menjawab soalan kuiz 'edpuzzle'. Ia merupakan suatu medium yang digunakan oleh pensyarah untuk pelajar menjawab soalan. Setiap pelajar diberi masa untuk menjawab berdasarkan tajuk reka bentuk kuantitiatif. Perbincangan dilakukan bagi meneliti ketidak fahaman pelajar terhadap sesuatu persoalan kerana jenis kaedah kuantitatif mempunyai perbezaan yang sedikit. Pada akhir tutorial, banyak input yang diperolehi selain dapat memberi pencerahan kepada kekeliruan yang dialami oleh pelajar.

Comments
Post a Comment