Skip to main content

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-4


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Hari ini cuaca agak sejuk kerana hujan setelah sekian lama tidak membahasi bumi USM. Kuliah kali ini, pelajar didedahkan kepada penggunaan data statistik di dalam kaedah kuantitiatif. Asasnya statistik deskriptif disentuh untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Selain itu, pelajar diajar untuk mengira sisihan piawaian,min, mod, dan median. Asas ini sudah diajar pada semester satu di dalam modul kelestarian. Bagi memantapkan lagi ilmu yang telah diberi, pelajar diminta untuk membuat latihan yang berkaitan dengan data statistik. Setelah sekian lama tidak mengira, bakat perlu digilap semula. Akan tetapi walaupun sukar, ianya seronok kerana sekali sekala berselang fakta dengan nombor merupakan dua perkara yang menarik untuk dilakukan.



Selepas itu, tutorial kali ini pula menyentuh mengenai bagaimana untuk mengaplikasikan teori di dalam dapatan kajian. Pelajar diminta untuk menjawab soalan atas talian. Diberi masa selama 30 minit untuk menyelesaikan. Tajuk yang diberi ialah ujaran bahasa di Facebook. Tajuk ini menarik minat saya kerana, mengimbau kembali tentang bidang pragmatik iaitu lokusi, ilokusi dan perlokusi. Perkara yang masih segar di dalam ingatan apabila berbicara mengenai tajuk ini. Setelah menjawab, Dr Norsofiah akan memutarkan roda untuk memilih nama siapa bagi menjawab soalan. Minggu ini bukan rezeki saya untuk menjawab, kemungkinan minggu hadapan rasanya. :-) . Proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik pada minggu ini. Setakat ini sahaja mengenai kuliah dan tutorial pada minggu keempat. Jumpa lagi coretan pada minggu hadapan dengan izinNya. 






Comments

Popular posts from this blog

ELEMEN-ELEMEN CERPEN 'ANNYSS SOPHILLEA' KARYA NISAH HARON

As'salamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongi serba sedikit tentang cerpen karya Nisah Haron iaitu Annyss Sophillea . Sebelum membincangkan mengenai elemen cerpen yang terdapat di dalam karyanya, mari kita mengenali siapa Nisah Haron. Nisah Haj Haron dilahirkan pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini bertugas sebagai peguam di sebuah firma guaman di Seremban. Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis genre cerpen. Banyakk anugerah yang diperolehi oleh beliau di dalam bidang penulisan. Antara cerpen karya beliau ialah ' Rindu Seorang Rafik ', ' Selagi Lading Masih di Tanga n' dan banyak lagi. Oleh itu, saya telah memilih karya cerpen ' Annyss Sophillea ' untuk mengetahui elemen-elemen cerpen yang cuba disampaikan kepada pembaca. Cerpen ini merupakan sebuah cerpen bercorak rekaan sains. Sangat menarik untuk dibaca kerana terdapat pe...

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-3

KULIAH MINGGU KE-3 26 SEPTEMBER 2018 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca. Kuliah minggu ke-3 sudah selesai . Oleh itu banyak input yang telah diperolehi semasa kelas berlangsung selama 3 jam. Pada awal kelas berlangsung, pelajar diminta untuk mengira nombor dari satu hingga enam secara bergilir-gilir. Setelah itu, pelajar yang memiliki nombor yang sama akan membentuk kumpulan-kumpulan kecil. Selepas itu, pelajar dibekalkan dengan kertas majung dan pen marker untuk mengolah isi-isi yang telah diperoleh dari pembacaan dalam 4 buah artikel yang telah diberikan kepada pelajar sebelum memulakan kelas. Dr Norsofiah meminta pelajar untuk mngenalpasti isi-isi seperti nama pengarang, tahun terbitan, objektif, kaedah kajian, dapatan dan kekurangan kelebihan sesuatu artikel. Selepas selesai pelajar mengeluarkan idea, kami diminta untuk membentang hasil yang diperolehi disamping penjelasan yang lebih jelas oleh pensyarah. Tambahan itu, pelajar juga diberi penjelasan...