Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini masih berkisah tentang kertas cadangan. Pada kali ini pelajar diminta untuk berada di dalam kumpulan projek kajian. Dimana pensyarah meminta pelajar untuk membuat surat kebenaran untuk rakaman, surat keizinan persetujuaan, dan borang maklumat latar belakang responded. Selain itu, perbincangan telah dilakukan dimana segala surat-surat berkaitan diperbetulkan satu demi satu bagi memastikan setiap kumpulan mengikut kesesuaian topik kajian masing-masing. Seterusnya pesnyarah juga memberi pendedahan tentang bagaimana penjadi pemerhati. Oleh itu, satu tayangan video telah dipertonton kepada pelajar kemudian pelajar diminta untuk mencatata segala apa sahaja yang terkandungan di dalam video tersebut. Aktiviti ini sebenarnya mendedahkan kepada pelajar mengenai pemerhati yang boleh diterapkan di dalam sesuatu kajian. Pemerhati boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemerhati dan pemerhati dan peserta.
Justeru itu, pelajar juga diterangkan mengenai kaedah kuantitatif. Dalam kaedah kuantitatif, membina hipotesis sangat penting di dalam kajian. Terdapat dua jenis hipotesis iaitu hipotesis nul dan hipotesis alternatif. Manakala di dalam sesi tutorial pula, pelajar diberi tunjuk ajar bagaimana untuk membina ujian T dan membuat laporan berdasarkan hasil yang diperolehi daripada data melalui penggunaan SPSS.
Contoh Borang Maklumat Latar Belakang Responden
Comments
Post a Comment