REFLEKSI KULIAH MINGGU KE-5
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini agak mencabar bagi setiap pelajar untuk menghasilkan proposal. Kuliah kali ini, pelajar diminta untuk membentang proposal masing-masing mengikut kumpulan yang telah diberikan. Di dalam pembentangan, banyak input yang diperolehi untuk memperbaiki semula kajian yang ingin dilakukan. Kebanyakkan proposal mempunyai masalah yang hampir sama iaitu kaedah kajian yang tidak membantu untuk memperolehi data, tajuk yang agak besar dan teori yang digunakan tidak membantu untuk menjalankan kajian.
Selain itu, pembentangan ini perlu dilakukan bagi membantu dan menambah baik perkara-perkara yang tidak betul di dalam proposal. Seterusnya bagi memudahkan pelajar untuk membuat kajian dengan cara yang betul dan tidak tersasar. Setiap teguran yang diberikan sebagai pembakar semangat untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik disamping membetulkan kesilapan supaya tidak berulang pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment