As'salamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongi serba sedikit tentang cerpen karya Nisah Haron iaitu Annyss Sophillea. Sebelum membincangkan mengenai elemen cerpen yang terdapat di dalam karyanya, mari kita mengenali siapa Nisah Haron.
Nisah Haj Haron dilahirkan pada 20 April 1973 di Seremban, Negeri Sembilan. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kini bertugas sebagai peguam di sebuah firma guaman di Seremban. Dalam bidang penulisan, beliau banyak menulis genre cerpen. Banyakk anugerah yang diperolehi oleh beliau di dalam bidang penulisan. Antara cerpen karya beliau ialah 'Rindu Seorang Rafik', 'Selagi Lading Masih di Tangan' dan banyak lagi.
Oleh itu, saya telah memilih karya cerpen 'Annyss Sophillea' untuk mengetahui elemen-elemen cerpen yang cuba disampaikan kepada pembaca. Cerpen ini merupakan sebuah cerpen bercorak rekaan sains. Sangat menarik untuk dibaca kerana terdapat pelbagai unsur nilai dan pengajaran yang cuba disampaikan. Nilai seperti persahabatan, kasih sayang, tanggungjawab dan keberanian di tonjolkan di dalam karya beliau. Di bawah merupakan elemen-elemen yang boleh diperolehi di dalam cerpen Annyss Sophillea.
Comments
Post a Comment