As'salamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini saya akan berkongi mengenai artikel 'Sastera Milik Kita' karya Nisah Haron. Artikel ini membincangkan isu yang hangat diperkatakan di dalam bidang disiplin ilmu. Bermula pada zaman penjajahan, bidang sains dan sastera dipisahkan. Hal ini berlarutan di dalam bidang pendidikan. Jika dilihat, sehingga kini bidang sastera dan sains mempunyai jurang yang tersendiri. Hal ini perlu dihentikan kerana pada realiti kedua-dua bidang ini saling melengkapi di dalam disiplin ilmu.
Perkara ini telah dibuktikan pada zaman kegemilangan tamadun dunia Islam. Banyak tokoh seperti Al-Radzi, Ibn Sina, Al-Farabi, Ibn Yunus dan sebagainya yang menguasai ilmu sastera dan sains secara seimbang. Mereka bukan sahaja mampu mengimbangi kedua-dua bidang dengan baik tetapi disiplin ilmu yang cuba dibawa digunapakai pada masa kini. Oleh itu, tidak perlu diasingkan kedua-dua bidang ini atas alasan tertentu.
Bidang sains dan sastera saling melengkapi ibarat magnet, iaitu saling menarik. Oleh itu, wajar kita sebagai generasi kini supaya merapatkan kembali jurang permasalahan ini dan terus berkarya dalam pelbagai disiplin ilmu untuk kegunaan dan rujukan masa hadapan.

Comments
Post a Comment