Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu lepas, walaupun tiada kuliah dan tutorial, masih berlaku pembelajaran mengenai sesuatu yang baru. Semasa minggu graduasi yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, pelajar diminta untuk membuat tugasan iaitu menemu bual graduan Phd. Pada waktu tersebut, pelajar semua gigih menunggu sehingga tamat majlis di luar dewan. Temu bual ini memerlukan kesabaran kerana, ingin mendapat graduan bukan mudah kerana pada masa yang sama, sesetengah pelajar perlu menghadiri kelas. Selain itu, pelajar juga perlu menggunakan komunikasi pemujukan yang baik kerana sesetengah graduan tidak mahu untuk ditemu bual atas sebab-sebab tertentu. Akan tetapi ia merupakan satu pengalaman dalam mengasah bakat untuk berkomunikasi.
Seterusnya, pelajar juga diberi tugasan tentang Analysis of Variance (ANOVA). Ujian ini merupakan sebahagian dari kaedah kuantitatif yang melibatkan pembolehubah bebas dan bersandar. Ujian yang dilakukan hampir sama dengan ujian t, tetapi berbeza sedikit apabila ianya melibatkan syarat. Pelajar diminta untuk menghuraikan tentang cara dijalankan, hipotesis dan syarat untuk melakukan ujian ANOVA. Selain itu, pelajar juga melakukan tugasan ini dengan menggunakan aplikasi screencasting tools seperti screen cast-o-matic. Pelajar diminta membuat tugasan secara berkumpulan mengikut kumpulan penyelidikan. Pelajar banyak menghabiskan masa di perpustakaan pada waktu kuliah bagi menyiapkan tugasan yang diberi.
Gambar bersama salah seorang Graduan Phd USM

Pada awalnya masih keliru untuk faham apa itu ujian ANOVA, tetapi melalui pembacaan, dan penggunaan aplikasi google, akhirnya terlerai segala jawapan selagi tidak sesat dalam rimba ilmu. Bagi memahami ujian ANOVA ini, pelajar perlu membina data terlebih dahulu bagi menguji ujian ANOVA ini mengikut syarat-syarat yang diberikan.Setelah siap, kami membuat rakaman menggunakan screen cast-o-matic untuk menerangkan apa yang diminta di dalam ujian. Rakaman telah dimuatnaik di Youtube seperti yang diminta. Di bawah merupakan link rakaman yang telah dibuat :
Ujian ANOVA :
https://www.youtube.com/watch?v=M2TB3B6DeA4&t=4s
Video Temu Bual Graduan Phd
https://www.youtube.com/watch?v=YKqt5v-YN6Q
Ujian ANOVA :
https://www.youtube.com/watch?v=M2TB3B6DeA4&t=4s
Video Temu Bual Graduan Phd
https://www.youtube.com/watch?v=YKqt5v-YN6Q
Comments
Post a Comment