Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

REFLEKSI MINGGU KE-7

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu lepas, walaupun tiada kuliah dan tutorial, masih berlaku pembelajaran mengenai sesuatu yang baru. Semasa minggu graduasi yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, pelajar diminta untuk membuat tugasan iaitu menemu bual graduan Phd. Pada waktu tersebut, pelajar semua gigih menunggu sehingga tamat majlis di luar dewan. Temu bual ini memerlukan kesabaran kerana, ingin mendapat graduan bukan mudah kerana pada masa yang sama, sesetengah pelajar perlu menghadiri kelas. Selain itu, pelajar juga perlu menggunakan komunikasi pemujukan yang baik kerana sesetengah graduan tidak mahu untuk ditemu bual atas sebab-sebab tertentu. Akan tetapi ia merupakan satu pengalaman dalam mengasah bakat untuk berkomunikasi. Gambar bersama salah seorang Graduan Phd USM Seterusnya, pelajar juga diberi tugasan tentang Analysis of Variance (ANOVA). Ujian ini merupakan sebahagian dari kaedah kuantitatif yang melibatkan pembolehubah bebas dan bersandar. Ujia...

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE -6

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini masih berkisah tentang kertas cadangan. Pada kali ini pelajar diminta untuk berada di dalam kumpulan projek kajian. Dimana pensyarah meminta pelajar untuk membuat surat kebenaran untuk rakaman, surat keizinan persetujuaan, dan borang maklumat latar belakang responded. Selain itu, perbincangan telah dilakukan dimana segala surat-surat berkaitan diperbetulkan satu demi satu bagi memastikan setiap kumpulan mengikut kesesuaian topik kajian masing-masing. Seterusnya pesnyarah juga memberi pendedahan tentang bagaimana penjadi pemerhati. Oleh itu, satu tayangan video telah dipertonton kepada pelajar kemudian pelajar diminta untuk mencatata segala apa sahaja yang terkandungan di dalam video tersebut. Aktiviti ini sebenarnya mendedahkan kepada pelajar mengenai pemerhati yang boleh diterapkan di dalam sesuatu kajian. Pemerhati boleh dibahagikan kepada dua iaitu pemerhati dan pemerhati dan peserta. Justeru itu, pelajar juga diterangkan mengenai...

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-5

REFLEKSI KULIAH MINGGU KE-5 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Minggu ini agak mencabar bagi setiap pelajar untuk menghasilkan proposal. Kuliah kali ini, pelajar diminta untuk membentang proposal masing-masing mengikut kumpulan yang telah diberikan. Di dalam pembentangan, banyak input yang diperolehi untuk memperbaiki semula kajian yang ingin dilakukan. Kebanyakkan proposal mempunyai masalah yang hampir sama iaitu kaedah kajian yang tidak membantu untuk memperolehi data, tajuk yang agak besar dan teori yang digunakan tidak membantu untuk menjalankan kajian. Selain itu, pembentangan ini perlu dilakukan bagi membantu dan menambah baik perkara-perkara yang tidak betul di dalam proposal. Seterusnya bagi memudahkan pelajar untuk membuat kajian dengan cara yang betul dan tidak tersasar. Setiap teguran yang diberikan sebagai pembakar semangat untuk melaksanakan tugasan dengan lebih baik disamping membetulkan kesilapan supaya tidak berulang pada masa akan datang.

REFLEKSI KULIAH DAN TUTORIAL MINGGU KE-4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Hari ini cuaca agak sejuk kerana hujan setelah sekian lama tidak membahasi bumi USM. Kuliah kali ini, pelajar didedahkan kepada penggunaan data statistik di dalam kaedah kuantitiatif. Asasnya statistik deskriptif disentuh untuk menghuraikan ciri-ciri pembolehubah. Selain itu, pelajar diajar untuk mengira sisihan piawaian,min, mod, dan median. Asas ini sudah diajar pada semester satu di dalam modul kelestarian. Bagi memantapkan lagi ilmu yang telah diberi, pelajar diminta untuk membuat latihan yang berkaitan dengan data statistik. Setelah sekian lama tidak mengira, bakat perlu digilap semula. Akan tetapi walaupun sukar, ianya seronok kerana sekali sekala berselang fakta dengan nombor merupakan dua perkara yang menarik untuk dilakukan. Selepas itu, tutorial kali ini pula menyentuh mengenai bagaimana untuk mengaplikasikan teori di dalam dapatan kajian. Pelajar diminta untuk menjawab soalan atas talian. Diberi masa selama 30 minit ...